Jeff Bezos, pengasas kepada Amazon, dipetik berkata, “Personal Brand kamu ialah apa yang orang katakan tentang kamu apabila kamu tiada di dalam bilik itu.”
.
“Jika kita tidak memikirkan cara untuk menjenamakan diri kita, Dunia akan.… dan kita akan menanggung akibatnya.”
.
Istilah “Branding” selalu digunakan khas untuk bisnes, tetapi dengan kemunculan media sosial dan ekonomi Gig, Personal Branding telah menjadi sangat mustahak sekarang.
.
Personal Branding ialah gabungan unik skill dan pengalaman kita yang menjadikan siapa kita. Ia adalah bagaimana kita menampilkan diri kita kepada Dunia.
.
Personal Branding yang berkesan akan membezakan kita daripada pesaing dan membolehkan kita membina kepercayaan dengan bakal pelanggan atau majikan.
.
Sama ada kamu seorang pekerja atau seorang usahawan, membina Personal Brand menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Salah satu sebabnya ialah telah menjadi trend bagi perekrut syarikat menggunakan media sosial untuk mengintai potential candidate sebelum proses interview.
.
Personal Branding juga bermanfaat untuk majikan. Syarikat harus menggalakkan pekerja membina Personal Brand yang mantap kerana ia adalah satu amalan bisnes yang baik.
.
Apabila pekerja dibenarkan mewakili syarikat mereka di mana² expo atau persidangan, mereka bukan sahaja membangunkan imej mereka tetapi juga memberikan lebih banyak exposure kepada syarikat.
.
Pekerja boleh membantu memperoleh pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada apabila mereka dilihat sebagai seorang pemimpin kritis yang boleh dipercayai.
.
Satu lagi sebab Personal Branding sangat bernilai sekarang ialah ekonomi Gig akan jadi lebih popular. Purata orang bertukar kerja ketika ini ialah setiap 2 hingga 3 tahun, dan menjelang 2025, pekerja Gig dan kontrak akan membentuk 35-40% daripada tenaga kerja kita.
.
Akibatnya, pekerja perlu dapat komunikasikan dengan jelas siapa mereka dan perkara yang mereka lakukan untuk lebih menonjolkan diri kepada bakal pelanggan dan majikan. Jika kita tidak menguruskan reputasi kita dalam sosial media dengan betul, kita bakal kehilangan peluang yang baik.
.
Membangunkan Personal Brand yang hebat tidak berlaku dalam sekelip mata. Sangat penting untuk kita dapat mengenal pasti siapa kita, apa perkara penting yang kita hargai, apa visi, value, purpose dan goals kita dalam hidup. Supaya kita boleh kenal pasti siapa sebenarnya target audiens kita yang kita perlu marketkan Personal Brand kita dengan berkesan agar kita dapat komunikasikan MISI kita kepada orang yang betul.

  • Hadjnan Hajiun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *